Tip Ebook: Bagaimana Untuk Mulakan Ebiz
Written by admin on 20/January/2009 – 10:19 am -Tip Bagaimana Untuk Anda Mulakan Ebiz!
Langkah Pertama: Cari satu produk untuk dijual.
Dapatkan satu produk yang anda sendiri inginkan. Maksudnya, produk itu sekurang-kurangnya boleh menyelesaikan masalah anda
Langkah ke 2: Design laman web jualan anda.
Anda boleh design laman web menggunakan html editor seperti frontpage, nvu dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan laman web jualan berbentuk blog seperti blogger.com (link affiliate ebook otai download)
Langkah ke 3: Setkan cara pembayaran di laman web jualan anda
Jika anda ingin menggunakan cara pembayaran melalui maybank anda boleh copy & paste logo maybank kemudian letakkan no. akaun maybank anda. Selain maybank, anda juga boleh menggunakan bank alternatif seperti Cimb dan lain-lain.
Anda juga boleh menggunakan kaedah pembayaran melalui kad kredit atau mata wang USD dengan setup button Paypal.
Langkah ke 4: Dapatkan satu ruang host dan nama domain yang bersesuaian dengan laman web jualan anda.
Ruang hosting yang mencukupi untuk bisnes internet anda. Anda boleh dapatkan kat mana-mana penjual hosting sama ada dari pemasaran tempatan atau luar Negara.
Ruang yang perlu adalah untuk meletakkan laman web jualan, script, dan blog
Langkah ke 5: Promosikan laman web jualan dan produk anda.
Ini merupakan langkah yang terpenting dalam kerjaya dunia ebiz anda. Anda perlu mempromosikan laman web dan produk anda dengan 1001 cara promosi sama ada secara on line atau off line.
Salah satu cara mempromosikan laman web anda ialah dengan membuat komen dib log rakan- rakan. Di ruangan komen tersebut perlu diisi link ke laman web anda. Jadi anda boleh tinggalkan link laman web anda diruang komen diblog ini.
Anda boleh bagi sebarang pendapat atau cadangan tip-tip yang menarik untuk dikongsi bersama diruang komen. Oleh itu, sila lah komen. J
Langkah ke 6: Lihatlah pesanan produk yang anda terima!
Anda akan menerima bayaran dari pelanggan. Dan sila cek akaun anda, serta emel bukti pembelian
Apa yang penting ialah Promosi, Promosi, Promosi……Promosikan laman web jualan atau blog anda untuk mendapatkan pelawat. Pelawatlah yang membuat pembelian.
Apa kata anda tentang cara nak mulakan ebiz ini?
Posted in Tip Usahawan Internet |

