Kaedah Pengulangan Minda
Written by admin on 09/March/2010 – 12:56 pm -Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.
Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?
Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara. Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.
• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.
Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?
Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya.
Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:
• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.
Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.
Tip ini hasil dari nukilan Ammar Zahar dalam panduannya yang berjudul: Kuasa Minda Berjaya! Jika anda ingin mengeksplore dengan lebih mendalam tentang panduan Kuasa Minda Berjaya sila layari laman web jualannya di sini:
http://www.kuasamindaberjaya.com
Posted in Tip Tingkatkan Motivasi | No Comments »
Apa yang Ingin Anda Promosi?
06/June/2009 – 12:42 amAssalamualaikum kawan2... Orang kata di internet ni boleh buat duit dengan ...
No Comments »Kunci Kejayaan Bisnes Online
05/June/2009 – 10:05 amAssalamualaikum..... Lama dah tak update blog ni, entah macam mana terasa ...
No Comments »TipEbook: Jana Wang Dengan Senarai Emel
24/March/2009 – 12:06 pmSalam rakan-rakan... Sudahkah anda mula membina senarai emel? Jika ya, tahniah! anda telah ...
No Comments »Pelancaran Rahsia Squeeze Page Yang Berkesan
24/February/2009 – 3:51 pmAssalamualaikum.... Dengan lafaz bismillahirrohmaanirrohim.... Saya dengan ini merasmikan bahawa laporan PERCUMA "Kesalahan ...
No Comments »Ruang Iklan Di Laporan Squeeze Page TipEbook
16/February/2009 – 4:20 pmAssalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin membuka ruang pengiklanan pada laporan ...
No Comments »Tip Ebook: Cabar Diri Untuk Berjaya
23/January/2009 – 4:08 pmTip Ebook: Anda Perlu Cabar Diri Anda Untuk Berjaya Kejayaan bukanlah ...
No Comments »Tip Ebook: Bagaimana Untuk Mulakan Ebiz
20/January/2009 – 10:19 amTip Bagaimana Untuk Anda Mulakan Ebiz! Langkah Pertama: Cari satu produk ...
No Comments »Tip Ebook: Tip Membuka Akaun Perniagaan
15/January/2009 – 3:37 pmSalam ceria kawan2, Hari ni saya nak kongsikan tips untuk anda ...
3 Comments »Tip menghidupkan perniagaan internet anda
14/January/2009 – 9:48 amSalam kawan2 ... Apa khabar? diharap anda sentiasa sihat dan gembira sepanjang ...
No Comments »Tip Ebook: Faktor Kegagalan Ebiz
05/January/2009 – 6:13 pm1) Kebanyakan newbie gagal adalah TIDAK FOKUS untuk memulakan ebizAntara ...
No Comments »
