5 Ciri Anda Tidak Menguasai Minda

Written by admin on 11/March/2010 – 1:04 pm -

5 ciri menunjukkan bahawa anda tidak berjaya menguasai minda

Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda.

Buat pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda.

Berdasarkan kenyataan diatas, maka tidak dapat dinafikan bahawa minda adalah asas bagi mencetus kejayaan dalam diri. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, ianya tetap berkait rapat dengan minda.

Dalam entri ini, saya akan dedahkan anda 5 ciri yang menunjukkan bahawa anda gagal menguasai minda anda.

1. Anda tidak pernah seronok dengan apa yang anda lakukan

Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila anda tidak menyukai perkara yang anda lakukan maka ini bermaksud anda telah dikawal oleh minda.

2. Anda mudah mengalah

Saya juga pernah mengalami masalah ini sebelum mengenali teknik-teknik untuk memperkasakan minda. Situasi ini dapat dilihat apabila anda mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

3. Anda sentiasa fokus pada masalah

Minda yang lemah juga memperlihatkan anda sentiasa fokus pada masalah dimana anda tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apabila minda anda sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya.

4. Anda tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif

Apabila anda gagal menguasai minda, maka secara tidak sedar anda telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda anda. Ini juga dapat dilihat jika anda sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif.

5. Anda sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara

Adakah anda seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri anda maka jelas sekali anda perlu mempertajamkan lagi minda anda kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah.

Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri anda, ia tidak bermakna anda perlu mengalah dan berserah kepada takdir. Tindakan yang perlu anda lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri anda dari semasa ke semasa.

Artikel ini diolah hasil dari panduan kuasa minda berjaya, harga bagi produk panduan ini pada artikel ni di post adalah RM37.00. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuasa minda berjaya, sila dapatkan panduan tersebut di:

http://www.affiliateberjaya.com/kuasaminda.htm

Share/Save/Bookmark


Posted in Tip Tingkatkan Motivasi | No Comments »

Kaedah Pengulangan Minda

09/March/2010 – 12:56 pm

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda Ramai yang berpendapat bahawa kuasa ...

No Comments »

Pelancaran: Kursus Online Buat Duit Dengan Affiliate

01/March/2010 – 12:00 am

Pelancaran Portal Kursus Online Sebagai Affiliater Salam kawan-kawan, Saya ingin mengajak anda ...

No Comments »

Kursus Online AffiliateBerjaya.com Bersama Program PPL

22/February/2010 – 2:45 am

salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati, Saya akan melancarkan satu Kursus ...

1 Comment »

Cara Delete Cookies

20/February/2010 – 1:10 pm

Cara untuk memadam Cookies… Pastikan anda MEMADAM internet cookies, history ...

No Comments »

Pakej Ebook Jamal Yang Hampeh…..!

20/February/2010 – 11:25 am

Sebab Lambat Terbitkannya Salam sahabat yang dihomati.... saya Aminbeb, baru mula nak ...

No Comments »

Kemungkinan Seterusnya Berkenaan Kegagalan Dalam Ebiz

01/November/2009 – 8:00 am

Faktor kemungkinan kita belum lagi berjaya dalam ebiz ialah 1. Kita ...

No Comments »

Rahsia Ebiz: Lain-lain Kegagalan Ebiz

31/October/2009 – 8:46 am

Kenapa gagal lagi dalam Ebiz? Salam kawanku yang budiman, Selain itu  ada ...

No Comments »

Rahsia Ebiz: Lagi kemungkinan sebab kegagalan kita

30/October/2009 – 8:20 am

Kemungkinan sebab kegagalan dalam ebiz. Salam hormat kawan2 sekalian, 1. Kita tidak ...

No Comments »

Tip ebook: Analisis Kenapa Kita Gagal Dalam Ebiz

28/October/2009 – 10:20 am

Analisa Kenapa Masih Gagal Dalam Ebiz! Salam semua kawan2 yang saya ...

No Comments »